Bagi anda yang sering makan diluar dan ingin berjimat, kini sebuah aplikasi mudah-alih dilancarkan dinamakan sebagai [email protected]. Melaluinya, ia menyenaraikan lokasi makan menarik berhampiran anda yang mana menawarkan makanan dan menu pada harga RM5 dan ke bawah.
Buat masa ini, ia menyenaraikan lokasi sekitar Lembah Klang, selain pada masa yang sama membolehkan pengguna turut menambah menu makanan dan lokasi melalui aplikasi berkenaan. Melalui penyenaraian aplikasi berkenaan, pembangunnya turut mengatakan pengguna boleh menjana pendapatan tambahan dengan menyumbangkan maklumat mengenai tempat makan dan menu disekitar anda.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi [email protected] ini melalui Google Play Store hari ini.
- Muat Turun
- Muat-Turun [email protected] untuk Android