Cari @ Amanz

U Mobile kini telah mula mengacah penawaran eSIM melalui rangkaian telekomunikasi mereka bermula 27 September 2019 ini. Walaubagaimanapun, penawaran eSIM ini hanya menyokong pengguna peranti iPhone sahaja terlebih dahulu – sekaligus membolehkan pengguna menggunakan sokongan dwi-SIM pada iPhone masing-masing.

UMobile eSIM

Bagi yang tidak mengenali akan eSIM, ia merupakan sokongan SIM yang hadir diintegrasikan pada peranti masing-masing. Melaluinya, pengguna tidak lagi perlu memasukkan kad SIM fizikal seperti kebiasaan, tetapi boleh menghubungkan peranti kepada talian telekomunikasi dengan hanya mengimbas kod QR sahaja.

Selain U Mobile, beberapa syarikat telekomunikasi lain turut telah menawarkan sokongan eSIM, termasuk antaranya Maxis, Celcom, Digi, XOX dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd