Cari @ Amanz

Peranti-peranti Google Pixel hadir dengan banyak pilihan warna. Warna paling unik adalah warna biru pada Pixel 2016. Kemudian, yang menjadikan peranti Pixel ini lebih unik adalah nama warnanya yang memberi maksud yang nyata dan kadangkala turut mengejek.

Contohnya; warna biru pada Pixel 2016 adalah ‘Really Blue‘, warna biru pada Pixel  2 pula adalah ‘Kinda Blue’ dan warna merah jambu pada Pixel 3 pula – ‘Not Pink‘. Terkini, nama warna untuk Pixel 4 dan 4 XL pula telah tersebar di arena web. Ia dilaporkan oleh pihak 9to5Google, yang mana nama warna Pixel 4 adalah “Just Black“, “Clearly White” – dua nama ini sama sahaja dengan Pixel 3 dan terbaru “Oh So Orange“. Warna baru adalah warna jingga dan nama warnannya seakan mengejek yang warna peranti ini bukanlah jingga. Ini mungkin kerana, jika lihat imej tertiris – warnanya adalah gabungan jingga dan hitam.

Peranti Google Pixel 4 hanya akan dilancarkan pada 15 Oktober kelak. Lebih maklumat lanjut hanya akan diketahui tidak lama lagi – sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd