Cari @ Amanz

Yahoo Mail merupakan salah satu perkhidmatan emel yang popular, dan masih digunakan ramai pengguna sehingga ke hari ini. Terkini, pihak Yahoo Mail telah pun memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Android dan iPhone, sekaligus menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya.

Yahoo Mail

Yahoo Mail baru ini hadir dengan fokus dalam memudahkan pengurusan emel pengguna. Kini, pengguna boleh menetapkan notifikasi yang akan diterima mereka berdasarkan jenis emel, selain mana turut boleh menetapkan warna khusus dan tema khusus untuk sesuatu kategori emel.

Disamping itu, pengguna kini turut boleh mengakses pelbagai Attachment yang diterima melalui sebuah tab khusus – sekaligus memudahkan lagi urusan kerja anda.

Satu lagi ciri baru yang menarik adalah kebolehan untuk nyah-langgan daripada sejumlah emel dengan halaman tab khusus, tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan Yahoo Mail, boleh memuat-turun aplikasi versi baru ini di Android dan iOS hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd