Samsung Galaxy S10 Mula Menerima Kemaskini Live Focus Video Dan DEX Untuk PC

Samsung Galaxy S10 Mula Menerima Kemaskini Live Focus Video Dan DEX Untuk PC

Diterbitkan pada Sep 24, 2019 oleh .

Samsung Galaxy Note 10 dan Note 10+ dilancarkan bulan lalu dengan fungsi Live Focus Video dan DEX untuk PC. Kedua-dua fungsi ini akhirnya diberikan juga kepada peranti Galaxy S10, S10+ dan S10e menerusi kemas kini yang diterima pengguna di Eropah semalam.

Samsung Galaxy S10Saiz kemas kini adalah sekitar 1.2GB yang turut hadir dengan tampalan sekuriti untuk bulan September. Selain itu fungsi AR Doodle dan Link to PC yang membolehkan kandungan peranti dipaparkan pada skrin PC juga turut diberikan. Di antara keempat-empat fungsi ini, DEX untuk PC mungkin yang paling kami gunakan dengan kerap kerana memudahkan proses memindahkan data di antara telefon pintar dengan komputer Windows 10 dan MAC.

Seperti biasa kemas kini akan diberikan secara berperingkat dalam masa beberapa minggu sebelum diterima pengguna Malaysia.



TIPS & ULASAN