Google Assistant Kini Tidak Lagi Menyimpan Rakaman Suara Tanpa Kebenaran Pengguna

Google Assistant Kini Tidak Lagi Menyimpan Rakaman Suara Tanpa Kebenaran Pengguna

Diterbitkan pada Sep 24, 2019 oleh .

Google Assistant ialah pembantu maya yang dinobatkan sebagai yang paling pintar pada waktu ini. Bagi melatih Assistant memahami arahan yang diberikan pengguna, Google menyimpan rekod suara pengguna apabila arahan diberikan bagi melatih kecerdasan buatan yang digunakan. Selari dengan pengguna yang kini lebih cakna tentang pengguna data peribadi mereka, Goggle mengumumkan Assistant tidak akan lagi menyimpan rakaman suara pengguna tanpa kebenaran mulai hari ini.

Pengguna akan diberikan pilihan sebelum membenarkan suara mereka dirakam dan kemudiannya didengari oleh manusia bagi menghasilkan transkrip latihan. Google turut mengatakan hanya 0.2% rakaman suara yang disimpan didengari oleh manusia. Selain itu mereka juga akan memadam rakaman suara yang dilakukan apabila Assistant diseru secara tidak sengaja. Akhir sekali rakaman audio akan dipadam secara automatik selepas beberapa bulan.


TIPS & ULASAN