Grab For Good Diperkenalkan – Program Impak Sosial 5 Tahun Dengan Tujuan Meningkatkan Mutu Hidup Rakyat ASEAN

Grab For Good Diperkenalkan – Program Impak Sosial 5 Tahun Dengan Tujuan Meningkatkan Mutu Hidup Rakyat ASEAN

Diterbitkan pada Sep 24, 2019 oleh .

Grab ialah sebuah syarikat yang dikenali untuk perkhidmatan seru-pandu (ride-hailing) dan penghantaran makanan mereka di rantau ASEAN. Kini, mereka nampaknya akan mengembangkan sayap mereka kearah pemperkasaan digital melalui program Grab For Good.

Di Jakarta hari ini, Grab memperkenalkan program impak sosial Grab For Good yang bertujuan untuk memperkasakan rakyat di rantau ASEAN dengan pengetahuan dan kebolehan digital dalam masa lima tahun.

Grab telah menyasarkan tiga matlamat utama yang ingin mereka capai menjelang tahun 2025 melalui program Grab For Good ini.

  • Memperbaiki pengetahuan dan penyertaan digital di Asia Tenggara: Memastikan orang ramai, tanpa mengira latar belakang mendapat manfaat daripada ekonomi digital yang sedang berkembang. Melalui perkongsian dengan syarikat-syarikat teknologi, kerajaan dan badan-badan NGO, Grab ingin meningkatkan pengetahuan teknologi 3 juta rakyat di seluruh rantau ASEAN menjelang 2025.
  • Memperkasakan perniagaan-perniagaan kecil: Grab menggunakan rakan pemandu mereka untuk meningkatkan jumlah jualan perniagaan-perniagaan kecil di sekitar rantau Asia Tenggara. Melalui perkhidmatan Grab For Good ini, Grab dikatakan ingin membantu lima juta perniagaan-perniagaan kecil bukan sahaja dengan perkhidmatan penghantaran barang, tetapi juga dengan memudahkan cara kerja mereka dengan menggunakan teknologi terbaru.
  • Membangunkan tenaga-kerja yang sedia untuk masa depan: Grab akan bekerjasama dengan kerajaan dan pelbagai syarikat teknologi untuk mengajar 20,000 para pelajar melalui inisiatif bakat teknologi mereka dalam lima tahun akan datang.

Untuk merealisasikan program Grab For Good ini, Grab akan bekerjasama dengan Microsoft untuk memulakan sebuah program celik digital, manakala untuk memperkasakan golongan kelainan upaya yang bisu dan pekak, Grab akan bekerjasama dengan badan-badan NGO melalui inisiatif Break The Silence yang dikembangkan ke negara-negara lain di rantau ini supaya golongan ini boleh mendapatkan pekerjaan tanpa perlu risau mengenai diskriminasi.

Matlamat-matlamat dibawah program Grab For Good ini sudahpun berjalan, dan dari sekarang sehingga 2025 kelak, akan ada lebih banyak lagi inisiatif yang akan dijalankan dibawah program ini untuk meningkatkan lagi pengetahuan digital dan peluang pekerjaan rakyat jelata di rantau Asia Tenggara ini.



TIPS & ULASAN