Xiaomi Mungkin Akan Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Wear OS – Mi Watch

Xiaomi Mungkin Akan Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Wear OS – Mi Watch

Diterbitkan pada Sep 24, 2019 oleh .

Xiaomi sedia terkenal dengan produk kecergasan seperti Mi Band, iaitu gelang kecergasan atau penjejak kesihatan. Selain itu, syarikat yang berkait dengan Xiaomi iaitu Huami – banyak hadir dengan penjejak kesihatan yang lebih baik dalam barisan produk Amazfit. Akan tetapi, mereka masih tidak mempunyai jam tangan pintar Wear OS. Jam tangan pintar mereka pun adalah Amazfit Verge 2, yang menjalankan sistem operasi tersendiri.

<string name=”xiaomi_companion_name”>Mi Wear</string>

Kini, pihak 9to5Google telah menemui petanda yang Xiaomi mungkin akan hadir dengan jam tangan pintar Wear OS tersendiri. Informasi ini diperoleh melalui fail APK aplikasi Wear OS yang dinyahkod dan kod produk Xiaomi telah kelihatan. Petanda ini ditemui dalam aplikasi Wear OS versi 2.28. Ada kemungkinan besar kita akan lihat kehadiran produk ini tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN