Essential Sedang Menguji Peranti Android Tanpa Perkhidmatan Google Yang Dijana Snapdragon 730

Essential Sedang Menguji Peranti Android Tanpa Perkhidmatan Google Yang Dijana Snapdragon 730

Diterbitkan pada Sep 24, 2019 oleh .

Essential Phone PH-1 adalah peranti Android pertama yang dilancarkan sebagai peranti bertakuk kecil dan hampir nirbingkai (dagu besar). Tetapi sayang sekali, peranti ini boleh dikatakan gagal. Ini kerana hanya beberapa bulan selepas dilancarkan, harga sudah jatuh sehingga 50% dari harga jualan dan prestasi kamera juga adalah mengecewakan.

Essential kemudian berhasrat ingin hadir dengan peranti baharu, tetapi projek itu dibatalkan. Kemudian kedengaran yang mereka akan hadir dengan peranti yang mempunyai sistem kecergasan buatan yang boleh memimik pengguna. Hanya beberapa bukan lepas, Andy Rubin memberitahu akan ada pengumuman buat peranti baharu dalam amsa terdekat.

Tetapi sehingga hari ini masih tiada khabar. Sehinggalah bari-baru ini di XDA, mereka telah memperoleh informasi yang Essential sedang menguji peranti kedua mereka. Peranti ini dilihat akan dijana dengan Snapdragon 730 dan paling mengejutkan, sistem operasi yang diuji adalah Android 10 dengan microg – iaitu sistem operasi Android tanpa perkhidmatan Google. Essential juga dilaporkan sedang menguji lensa-lensa kamera dari Sony 16MP, 48MP, 13MP dan 20MP dan lensa 5MP dari Samsung. Tidak pasti adakah semua lensa akan digunakan atau hanya salah satu.

Rupa bentuk peranti masih menjadi tanda tanya. Adakah mereka akan menggunakan sistem kamera pop-naik seperti yang mereka patenkan sebelum ini? Atau adakah bahan binaan yang digunakan akan kekal dengan seramik dan titanium? Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN