Cari @ Amanz

Jika anda sering menggunakan perkhidmatan seru-pandu Grab, dari semasa ke semasa, anda pasti pernah menggunakan khidmat pemandu yang samada bisu, pekak ataupun lumpuh.

Sejak tahun 2018, Grab telah hadir dengan program Break The Silence dimana mereka menggunakan perkhidmatan 500 para pemandu dengan kelainan upaya ini di platform seru-pandu mereka di Malaysia dan juga Thailand.

Melalui acara Grab For Good yang berlangsung di Jakarta hari ini, dan juga International Week of the Deaf, Grab mengumumkan bahawa mereka akan mengembangkan program tersebut ke negara-negara Indonesia dan Singapura pula, dengan azam untuk meningkatkan jumlah para pemandu ini kepada 1000 orang.

Untuk ini, Grab akan bekerjasama dengan Malaysia Federation of the Deaf, Gerkatin di Indonesia, Singapore Association of the Deaf dan National Association of the Deaf Thailand untuk menyokong mereka dengan pendengaran yang kurang baik untuk bukan sahaja mendapatkan pekerjaan melalui Grab, tetapi juga mengurangkan stigma sosial mengenai mereka.

Tan Hooi Ling, pengasas bersama Grab mengatakan bahawa Grab juga akan memperbaiki proses sedia ada, seperti kemasukan widget The Sign Dictionary untuk memudahkan para pengguna Grab untuk berkomunikasi dengan pemandu-pemandu ini. Dalam pada itu, para pemandu Grab juga akan diberi latihan untuk membantu para pelanggan yang mempunyai kelainan upaya juga.

Di Indonesia, Grab akan memperkenalkan perkhidmatan GrabGerak yang akan membantu pelanggan-pelanggan kelainan upaya ini untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan mudah. Mereka bukan sahaja diberikan latihan tentang cara-cara membantu pemandu, tetapi juga cara untuk berkomunikasi dan mereka.

Di Thailand dan Singapura, perkhidmatan ini sudahpun hadir, yang dinamakan GrabAssist yang melakukan benda yang sama. Untuk pasaran Malaysia pula, ciri GrabAssist/GrabGerak ini masih didalam proses perbincangan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd