Cari @ Amanz

Mi TV adalah televisyen tersendiri daripada Xiaomi. Ia menjalankan sistem operasi PatchWall, jadi ia merupakan sebuah televisyen pintar. Harga Mi TV juga adalah sangat murah berbanding dengan televisyen pesaing. Hari ini, Xiaomi telah melancarkan Mi TV Pro pula – iaitu televisyen yang menyokong resolusi sehingga 8K.

Mi TV Pro ini hadir dengan skrin bersaiz, 43-inci, 55-inci dan 65-inci. Ia juga mempunyai rekaan yang lebih premium dan kelihatan mewah. Nisbah skrin-ke-badan pula adalah 97% skrin dan bezel adalah amat nipis. Rekaan belakang adalah tekstur 3D gentian karbon seakan yang diacah oleh OnePlus sebelum ini. Mi TV Pro ini mempunyai memori 2GB RAM dan storan dalaman 32GB, pembesar suara pula adalah dari Dolby Audio dan DTS. Untuk resolusi 8K, Xiaomi menggunakan perisian untuk menjadikan resolusi yang cantik dan jelas – ini kerana panel TV ini adalah panel 4K sahaja.

Harga jualan adalah bermula dari 1499 yuan (~RM882) untuk skrin 43-inci, 2399 yuan (~RM1411) untuk saiz 55-inci dan 3399 yuan (~RM2000) untuk 65-inci.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd