Mi AirDots dan Mi AirDots Pro adalah dua set fon telinga nirwayar sebenar dari Xiaomi. Tanpa dua aksesori audio ini, Redmi AirDots yang sedia popular tidak akan wujud. Hari ini, bersama-sama dengan Mi 9 Pro 5G dan Mi TV Pro 8K – Mi AirDots 2 telah dilancarkan.
All new Mi True Bluetooth Wireless Airdots 2, comes with LHDC tech! Beautiful music, conveniently wireless! Only selling for ¥399 ($55 USD). #Mi9Pro5G @Xiaomi pic.twitter.com/RlLfXR2ViZ
— Alvin Tse (@atytse) September 24, 2019
Mi AirDots 2 ini hadir dengan sokongan tambatan pantas seakan Apple dengan AirPods. Rekaan dilihat lebih tebal dari model sebelumnya, pemacu audio yang digunakan adalah bersaiz 14.2mm dan yang paling menarik adalah sokongan LHDC. LHDC adalah codec latensi rendah untuk tambatan aksesori audio nirwayar dengan sokongan audio definisi tinggi. Seperti biasa, ini adalah aksesori audio dari Xiaomi – jadi harga jualan adalah murah. Mi AirDots 2 dijual pada harga hanya 399 yuan, iaitu sekitar RM235.