MIU 11 Kini Rasmi – Hadir Dengan Antaramuka Yang Memfokuskan Kandungan Dan Rekaan Moden

MIU 11 Kini Rasmi – Hadir Dengan Antaramuka Yang Memfokuskan Kandungan Dan Rekaan Moden

Diterbitkan pada Sep 24, 2019 oleh .

Banyak produk yang Xiaomi lancarkan hari ini, iaitu Mi 9 Pro 5G, Mi MIX Alpha, Mi TV Pro 8K dan juga Mi AirDots 2. Selain daripada produk-produk ini, Xiaomi turut melancarkan sistem operasi baharu mereka – MIUI 11. MIUI 11 adalah sistem operasi Xiaomi berasaskan Android. Ia hadir dengan rekaan antaramuka tersendiri. Untuk MIUI 11, Xiaomi memfokuskan rekaan antaramuka yang memfokuskan kepada kandungan dan rekaan yang moden.

Font pada MIUI 11 kini mempunyai lebih banyak pilihan kustomasi, seperti ketebalan kini boleh dilaras. Kemudian corak/rekaan pada kunci skrin kini boleh diubahsuai dengan lebih banyak pilihan. Pengguna juga boleh membuat slogan tersendiri. Dengan pelancaran Mi MIX Alpha, Xiaomi turut ingin memberi peluang pengguna lain merasai ‘konsep’ Alpha pada peranti Xiaomi sedia ada. Jadi, MIUI 11 hadir dengan fungsi light edge yang mana sisi skrin peranti akan menyala pada kunci skrin apabila menerima notifikasi.

Dengan rekaan yang lebih moden, antaramuka MIUI 11 kini lebih kemas, cantik dan jitu. MIUI 11 juga kini hadir dengan sokongan mod gelap menyeluruh. Xiaomi juga memperkenalkan aplikasi baharu, MiWork dan MiGo. Ia adalah aplikasi untuk mereka yang banyak menggunakan peranti untuk bekerja, kerja-kerja pejabat dan sebagainya. Ia hadir dengan 1 tap boleh lontar ke skrin lain (cast). Kemudian, aplikasi ini turut menawarkan kemampuan berkongsi fail secara nirwayar dengan kelajuan 82mb/s dan juga tambatan terus kepada beberapa pencetak dengan mudah.

Kemaskini MIUI 11 hanya akan didahulukan kepada 17 peranti di China dalam bentuk beta. Kemudian versi stabil hanya akan diedarkan secara berperingkat pada pertengahan Oktober, juga di China. Untuk pengguna global, lebih banyak masa perlu ditunggu untuk kehadirannya secara ramsi.



Paling Popular