Carian
Mi USB3.0 U-Disk 64GB Adalah Pemacu USB Xiaomi Yang Berharga Sekitar RM47
September 24, 2019 Fahim Zahar

Sejak Xiaomi mula melancarkan beberapa variasi komputer riba, mereka turut melancarkan beberapa aksesori lain yang menarik. Terkini yang sedikit berbeza dengan produk yang biasa lancarkan adalah sebuah pemacu ibu jari – Mi USB3.0 U-Disk 64GB.

Mi USB3.0 U-Disk 64GB ini adalah pemacu ibu jari bersaiz 64GB. Ia menggunakan bahan binaan yang kompak, tali pemegang kulit dengan tekstur lembut dan premium dan juga direka mudah untuk disangkut dan diakses. Bahan binaan pada pemacu USB ini adalah aloi zink yang dilindungi dengan proses penyaduran. Pemacu USB ini juga adalah tahan karat dan tahan lasak. Lebih menarik, Mi USB3.0 U-Disk hadir dengan teknologi UDP bagi melindungi data pengguna.

Pemacu USB ini menggunakan storan berasaskan USB 3.0 dengan kepantasan menyalin dan memindah data 124MB/s. Secara anggaran, fail filem 3GB boleh di pindah dalam masa 30 saat. Ia dijual pada harga 79 yuan, iaitu sekitar RM47.

Komen