Realme 5 Dan Realme 5 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Oktober

Realme 5 Dan Realme 5 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Oktober

Diterbitkan pada Sep 24, 2019 oleh .

Realme Malaysia hari ini mengumumkan melalui laman sosial mereka yang mana mereka bakal melancarkan dua telefon pintar baru untuk pasaran tempatan pada minggu hadapan, iaitu Realme 5 dan juga Realme 5 Pro.

Realme 5 Malaysia

Kedua-duanya hadir dengan spesifikasi pertengahan, dan menjadi fokus utama pada kedua-dua peranti adalah sokongan empat kamera pada bahagian belakang. Melaluinya, Realme menjanjikan rakaman gambar yang lebih menarik dan cantik berbanding generasi sebelumnya.

Realme Malaysia dijangka akan mengumumkan harga jualan dan berkongsi lanjut penawaran spesifikasi tempatan pada 3 Oktober 2019 ini.


TIPS & ULASAN