Cari @ Amanz

Windows 10 merupakan sistem operasi terbaru daripada Microsoft, dimana ia hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru, selain antaramuka baru bersama-sama dengannya berbanding Windows 8.1 sebelum ini. Ia telah dilancarkan pada 2015 lepas, dan kini telah empat tahun sejak diperkenalkan.

Terbaru, pihak Microsoft berkongsi statistik penggunaan terbaru, mengatakan Windows 10 kini menjana lebih 900 juta peranti di seluruh dunia.

Ia agak menarik untuk melihat dimana Windows 10 memperlihatkan peningkatan penggunaan agak drastik akhir-akhir ini. Pada bulan Mac lepas, ia telah diumumkan digunakan lebih 800 juta peranti, dan hari ini mereka telah menambah 100 juta lagi, menjadikannya sejumlah 900 juta peranti diseluruh dunia menggunakan sistem operasi ini.

Sekiranya mengikut trend ini, tidak mustahil untuk kita melihat lebih 1 bilion peranti menggunakan sistem operasi Windows 10 pada 2020 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd