Cari @ Amanz

Saiz sensor kamera semakin besar bagi memenuhi keperluan pengguna yang inginkan kualiti gambar yang baik walaupun pada telefon pintar mereka. Samsung pagi ini melancarkan sensor kamera terbaru ISOCELL Slim GH1 sebesar 43.7 Megapixel. Menurut Samsung ini ialah sensor kamera pertama degan saiz pixel 0.7μm.

Sensor yang mempunyai saiz fizikal yang kecil ini menyokong sistem penstabilan imej elektronik EIS dan sistem pemfokusan Super PD yang mengesan fasa berbeza pada subjek. Kemampuan rakaman video pula adalah sehingga 4K 60 FPS HDR. Di dalam situasi gelap, teknologi Tetracell yang menggabungkan empat pixel menjadi satu bagi menghasilkan imej yang lebih tajam dengan saiz foto mengecil ke 10.9 Megapixel.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd