Cari @ Amanz

Instagram Mula Menguji Tema Gelap Pada Aplikasi Android

Link Copied!

Fungsi yang perlu ada pada sistem operasi tahun 2019 ialah tema gelap. Windows, macOS, Android dan iOS kini mula mengimplementasikan mod gelap yang mengurangkan kesakitan mata apabila peranti digunakan pada waktu malam. Menurut laporan Android Police, Instagram telah mula menguji tema gelap pada aplikasi versi Android.

Hanya sebilangan kecil pengguna versi Beta menerima antaramuka hitam ini secara automatik jika tema gelap diaktifkan pada peranti mereka. Ia diaktifkan pada peranti Android 10 dan Pie pada waktu ini. Ia juga masih belum sempurna kerana talam navigasi gesture masih dipaparkan dalam warna putih. Dengan ujian yang kini telah dilakukan, pastinya penantian untuk mod gelap akan dilakukan dalam masa terdekat.


Komen ()