Cari @ Amanz

Menurut penganalisa, komponen paling mahal pada sesebuah peranti adalah skrin. Ia boleh menelan belanja hampir RM1000 untuk digantikan dan ini membuatkan ramai memilih skrin pihak tidak asli bagi mengurangkan kos. Bagi pengguna Galaxy Fold pilihan ini pastinya mustahil kerana ia sebuah peranti yang unik. Di Amerika Syarikat Samsung menawarkan program gantian skrin Galaxy Fold pada harga rendah $149 (~RM 623) sekeping.

Tawaran ini hanya sah untuk gantian skrin pertama sahaja. Selepas ini dilakukan kos menggantikan skrin Galaxy Fold masih belum diketahui. Sebagai perbandingan kos menggantikan skrin Galaxy Note 10+ di Malaysia ialah RM960 sekeping. Skrin Galaxy Fold adalah dua kali ganda lebih besar dengan teknologi berbeza. Maka bolehlah dianggarkan kos gantian skrin Fold mencecah RM 2000 tanpa promosi. Sekiranya Galaxy Fold dijual di Malaysia kelak kami berharap program gantian sama akan ditawarkan bagi mengurangkan kerisauan pemilik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd