Kos Menggantikan Skrin Samsung Galaxy Note 10 Dan Note 10+ Di Malaysia Mencecah RM920

Kos Menggantikan Skrin Samsung Galaxy Note 10 Dan Note 10+ Di Malaysia Mencecah RM920

Diterbitkan pada Sep 25, 2019 oleh .

Samsung Galaxy Note 10 dan Note 10+ telah sebulan dilancarkan di Malaysia. Dengan saiz permukaan skrin yang amat besar, ia adalah antara peranti yang paling licin pernah kami gunakan sejak bertugas di Amanz. Jadi tidak mengejutkan jika ia terjatuh sehingga mengalami keretakan skrin. Bagi pemilik kedua-dua peranti ini, Samsung telah menerbitkan kos gantian untuk skrin milik anda.

Kos menggantikan skrin Galaxy Note 10 ialah RM820 sekeping manakala untuk Galaxy Note 10+ pula ialah RM920 sekeping. Ini hanyalah harga kos komponen sahaja tidak termasuk kos buruh. Jadi selepas melihat harga gantian skrin yang tinggi ini, kami menyarankan sekali lagi untuk pengguna Galaxy Note 10 supaya membeli kerangka tahan lasak yang berkualiti. Kerangka yang baik pada harga sekitar RM200 boleh menjimatkan poket anda dari mengalami kerosakan fiskal yang lebih besar.


TIPS & ULASAN