Carian
iPadOS 13.1 Adalah Versi iPadOS Pertama Yang Stabil – Kini Boleh Dimuat Turun
September 25, 2019 Fahim Zahar

Hari ini, iOS 13.1 versi stabil telah diedarkan. Apple dilihat kali ini lebih pantas mengedarkan kemaskini. Minggu lepas baru sahaja versi stabil diedarkan, lebih kurang seminggu versi baharu telah tiba. Bersama-sama dengan pengedaran kemaskini iOS 13.1, Apple turut mengedarkan kemaskini stabil pertama iPadOS – iaitu iPadOS 13.1.

iPadOS 13.1 adalah sistem operasi terbaru daripada Apple untuk iPad. Ia sebenarnya sama sahaja dengan iOS. Cuma, Apple menjenamakan semula agar mudah untuk dibezakan antara sistem operasi telefon dan sistem operasi tablet. Seperti iOS 13.1, iPadOS 13.1 turut hadir dengan sokongan mod gelap, pengurus fail yang lebih baik, fungsi multi-tugasan yang lebih efisien dan banyak lagi. Saiz kemaskini adalah bergantung kepada jenis iPad yang anda gunakan. iPad Air baharu yang saya gunakan, saiz kemaskininya adalah lebih 3GB. Untuk mengemaskini ke iPadOS 13.1, pastikan anda memiliki salah satu peranti di bawah;

  • 12.9-inci iPad Pro
  • 11-inci iPad Pro
  • 10.5-inci iPad Pro
  • 9.7-inci iPad Pro
  • iPad (Generasi ke-6)
  • iPad (Generasi ke-5)
  • iPad mini (Generasi ke-5)
  • iPad mini 4
  • iPad Air (Generasi ke-3)
  • iPad Air 2
  • 10.2 iPad (Generasi ke-7)
Komen