Sejak Google membuat kenyataan yang mod tema gelap atau mod gelap pada sesebuah peranti (skrin OLED) akan menjimatkan bateri peranti, semakin banyak aplikasi dari Google sendiri hadir dengan sokongan ini. Akan tetapi, aplikasi GMail masih lagi dalam ujian dan tidak diedarkan kepada pengguna secara meluas – sehinggalah hari ini.
Google akhirnya merasmikan mod tema gelap pada aplikasi GMail untuk Android dan iOS. Mod tema gelap pada GMail ini berfungsi sebagaimana aplikasi lain berfungsi. Pada Android, jika mod gelap atau mod penjimatan bateri diaktifkan – GMail akan secara automatik menjadi tea gelap. iOS juga begitu, jika mod gelap telah diaktifkan ia akan berubah secara automatik. Pengguna juga boleh mengaktifkan tema gelap ini secara manual dengan pergi ke tetapan > Theme > Dark.
Kemaskini ini akan diedarkan secara berperingkat selama 15 hari, bermula dengan hari ini. Jika anda bernasib baik, anda juga boleh muat turun fail APK dan mencubanya sendiri. Tetapi buat masa ini, tema gelap masih diedarkan kepada semua melalui kemaskini dari bahagian pelayan.