Acara Apsara Computing Conference yang memfokuskan kepada pembangun dan teknologi Alicloud diadakan bermula hari ini. Ini merupakan acara untuk tahun kesepuluh, satu kesinambungan dari acara tahunan mereka iaitu Alibaba Developer Conference. Tahun lepas mereka telah memperkenalkan cip AliNPU dan pada harini, ia diberi nama Hanguang 800 NPU.
Cip Hanguang 800 NPU khusus dibangunkan untuk tujuan kecerdasan buatan, dimana ia dicipta untuk menambah baik perkomputeran awan. Tugas-tugas seperti carian produk, pengecaman imej, penterjemahan automatik, algoritma rekomendasi produk, dan pelbagai lagi dapat dilakukan oleh cip NPU ini. Malah ia turut digunakan oleh Alibaba untuk menguasakan Taobao.
Berkongsi mengenainya lagi, cip CPU biasa memerlukan tempoh selama 1 jam untuk memproses satu bilion gambar produk yang dimuatnaik pekedai ke perkhidmatan Taobao, dan gambar tersebut akan dikategorikan mengikut pengkelasan tertentu sebelum ia dicadangkan kepada pembeli. Dengan cip Huangang 800 NPU, proses yang sama ini hanya memakan masa selama 5 minit.
Cip Huangang 800 NPU ini juga turut menggunakan kuasa elektrik yang lebih rendah dan dapat memberikan waktu pemprosesan yang lebih pantas berbanding GPU. Sebagai perbandingan, NPU ini hanya memerlukan 1W kuasa elektrik dan masa pengiraan hanya 150ms berbanding GPU.
Cip yang buat masa ini digunakan oleh Alibaba sahaja akan diluaskan penggunaannya tidak terhad untuk perkhidmatan Alibaba yang lain, malah akan turut tersedia untuk pengguna AliCloud yang lain.