Xiaomi Malaysia kini telah mula mengacah kehadiran satu lagi telefon pintar baru ke pasaran tempatan, iaitu siri Redmi Note 8.
Siri Redmi Note 8 telah dilancarkan pada penghujung Ogos lepas. Ia hadir dengan dua variasi peranti, iaitu Redmi Note 8 dan juga Redmi Note 8 Pro.
Redmi Note 8 Pro hadir dengan skrin 6.53-inci, dijana cip MediaTek Helio G90T, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut dilengkapi bateri 4500mAh. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan empat-kamera belakang gabungan 64MP + 8MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 20-megapixel.
Redmo Note 8 pula hadir dengan skrin 6.53-inci, cip Snapdragon 665, memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 128GB, kamera utama 48MP + 8MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 20-megapixel. Ia turut dilengkapi bateri 4000mAh.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah harga jualannya, dan variasi model yang akan ditawarkan di Malaysia. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan berita lanjut daripada Xiaomi Malaysia pada awal Oktober ini.