Cari @ Amanz

Xiaomi sedia mempunyai sejumlah penawaran peranti, dan peranti berspesifikasi asas sering hadir dengan penjenamaan Redmi A. Terbaru, untuk tahun ini, Xiaomi telah pun melancarkan generasi baru peranti berkenaan, iaitu Redmi 8A.

Redmi 8A

Xiaomi Redmi 8A hadir dengan skrin 6.22-inci HD+ IPS, dijana cip Snapdragon 439, pilihan memori sehingga 3GB RAM, dan storan sehingga 32GB.

Peranti ini ditawarkan untuk penggunaan asas, dan ia hadir dengan bateri 5000mAh untuk penggunaan tempoh masa lama. Redmi 8A juga menggunakan port pengecasan berasaskan USB-C, dan menyokong pengecasan pantas 18W.

Redmi 8A

Untuk rakaman gambar, Redmi 8A menyertakan kamera utama 12-megapixel, selain kamera swafoto 8-megapixel. Ciri tambahan seperti kalis percikkan air, dan nyah-kunci berasaskan wajah turut disertakan padanya.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran India sahaja, dimana Redmi 8A ini ditawarkan pada harga bermula

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd