Cari @ Amanz

Adobe sebelum ini telah pun memperlihatkan aplikasi Adobe Fresco yang memudahkan lakaran dan lukisan menggunakannya pada tablet iPad bersama-sama Apple Pencil. Kini, selepas sekian lama dinantikan, aplikasi berkenaan telah pun diterbitkan dan sedia dimuat-turun semua pengguna iPad.

Adobe Fresco

Menggunakan aplikasi berkenaan, ia memudahkan proses lakaran, dimana pengguna boleh menggunakan kelebihan Brush, selain penggunaan Layer dalam melakar, melukis dan mewarna.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma untuk semua, tetapi pelanggan Creative Cloud akan menerima sokongan untuk mengakses lebih banyak ciri menarik melaluinya. Pengguna yang berminat juga boleh melanggan aplikasi ini pada harga $9.99 sebulan, tetapi anda boleh menikmatinya selama enam bulan percuma sekiranya membeli sebelum 31 Disember 2019 ini.

Bagi anda yang menggunakan iPad, mungkin boleh mencuba aplikasi Adobe Fresco ini hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd