Carian
Papan Kekunci Pihak Ketiga Pada iOS 13 Boleh Meniriskan Data Anda
September 26, 2019 Aman

Apple kini telah mengeluarkan peringatan berkenaan sebuah pepijat baru di iOS 13, dimana ia didapati papan kekunci pihak ketiga boleh mendapat akses penuh ke peranti anda – walaupun anda tidak membenarkan akses untuknya.

Apple iOS 13 Jawi

Kebiasaannya, pengguna akan perlu memberikan kebenaran untuk mengakses sesuatu perkara pada peranti, sebelum aplikasi berkenaan menerima akses tersebut. Melalui pepijat yang baru dikenal-pasti ini, aplikasi papan kekunci dilihat menerima akses penuh ke peranti walaupun anda tidak mengesahkannya.

Apple mengatakan pepijat ini ditemui pada iOS13, dan ia akan diatasi melalui kemaskini akan datang.

Sebagai alternatif, buat masa ini pengguna dinasihatkan untuk menggunakan papan kekunci yang hadir terbina pada iOS 13 atau iPad OS – sehinggalah kemaskini baru ditawarkan kepada peranti dalam masa terdekat ini.

Komen