Cari @ Amanz

Kemas kini iOS 13.1 yang diberikan semalam menampal beberapa pepijat yang dilaporkan oleh pengguna iPhone. Tetapi kami sendiri menyedari satu pepijat yang kami sendiri alami sejak iOS 13 diberikan masih lagi wujud selepas kemas kini.

Masalah ini adalah dalam bentuk skrin tidak mengesan tatalan dan sentuhan apabila di dalam aplikasi. Sebagai contoh dalam aplikasi telefon, skrin tidak mengesan sebarang sentuhan untuk mendail nombor atau memilih nama di dalam buku alamat. Aneh sekali peranti masih boleh mengesan arahan gesture untuk mengubah aplikasi. Tatalan dan sentuhan juga tiada masalah untuk dikesan dari skrin utama iPhone.

Masalah ini kami lihat berlaku pada iPhone 11 Pro Max, dan 7 Plus yang kami miliki. Ia berlaku secara rawak dan hanya boleh diselesaikan dengan mematikan dan menghidupkan semula peranti. Kami ada menerima ciapan dari pengguna lain yang melaporkan masalah ini pada iPhone X milik mereka. Adakah anda antara sebilangan kecil pengguna yang turut mengalami masalah yang sama?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd