Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note 10 baru sahaja dilancarkan tetapi ura-ura mengenai peranti mercu seterusnya dari Samsung sudah mula didengari. Menurut laporan media Korea The Elec, Galaxy S11 kelak akan dilengkapi sistem kamera utama sebesar 108-Megapixel lengkap dengan kemampuan zum optikal 5X menggunakan sistem periskop seperti yang ditemui pada Huawei P30 Pro.

Ura-ura ini hadir tepat pada masanya kerana kemampuan kamera pada Note 10 dan S10 tahun ini dilihat tidak setanding dengan yang ditawarkan pengeluar dari China. Malahan Samsung sendiri telah menerbitkan video mekanisme periskop untuk kamera menerusi saluran YouTube mereka sendiri.

Bagi terus kekal relevan, Samsung perlu mengikut trend yang dipopularkan oleh Huawei dan Opppo. Malahan mereka dilaporkan membeli firma yang mencipta sistem zum nirhilang Oppo tahun lalu. Satu kerisauan kami ialah sistem mekanisme periskop boleh memberikan zum optikal yang menakjubkan tetapi akan menghasilkan rakaman video yang kurang memuaskan sekiranya zum digunakan. Ini pada hemat kami mengapa Mate 30 Pro yang dilancarkan beberapa minggu lalu tidak dilengkapi sistem ini.

Sumber The Elec menerusi Sammoble

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd