Setiap pengeluar peranti pasti akan mempunyai aplikasi kamera tersendiri dan tidak menggunakan aplikasi kamera dari AOSP. Kemudian, setiap aplikasi kamera akan mempunyai ciri dan fungsi yang unik tersendiri. Contohnya, Huawei dengan kemampuan AIS mereka, OnePlus dengan OIS 4K mereka, Apple dengan multi-lensa diaktifkan dan pelbagai lagi.
<string name="pref_video_quality_entry_8kuhd">UHD 8K, 30fps</string> <string name="video_ultra_clear_tip_8k">8K UHD</string>
Terkini, aplikasi kamera MIUI dilihat mempunyai petanda untuk rakaman video dengan resolusi yang sangat tinggi. Barisan kod aplikasi kamera ini mencadangkan yang kelak, akan ada sokongan rakaman video sehingga 8K pada 30 bingkai per saat. Berkemungkinan besar, ini adalah persediaan untuk peranti baharu dengan cip pemprosesan baharu. Ini kerana cip Snapdragon 855 menggunakan cip ISP Spectra 380 yang hanya menyokong rakaman 4K@60fps. Jika dipaksa ke 8K seperti Nubia Red Magic 3, ia hanya akan terhad kepada 8K@15fps.
Kita mungkin akan lihat sokongan ini hadir ke peranti Xiaomi di masa akan datang. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.