OnePlus TV Akan Menjalankan Android TV Dengan Antaramuka Tersendiri Dari OnePlus

OnePlus TV Akan Menjalankan Android TV Dengan Antaramuka Tersendiri Dari OnePlus

Diterbitkan pada Sep 26, 2019 oleh .

OnePlus TV akan dilancarkan tidak lama lagi. Kita sudah tahu yang televisyen pintar ini akan memampatkan pelbagai spesifikasi menarik, rekaan premium dan juga menjalankan Android TV. Tetapi, OnePlus mengatakan yang Android TV pada OnePlus TV adalah berbeza dengan mana-mana produk Android TV lain. Ini kerana, ia akan menjadi lebih lancar dan pantas dengan sentuhan istimewa dari OnePlus.

Semalam, CEO OnePlus – Pete Lau telah mengicau imej pengolokan OnePlus TV dengan rekaan antaramuka yang dilihat berbeza dengan Andorid TV. Adakah ia akan menggunakan OxygenOS TV? Atau adakah OnePlus hadir dengan pelancar khas? Rekaan antaramuka ini dilihat amat kemas dan seolah mudah digunakan. Ada juga yang mengatakan sistem yang OnePlus akan gunakan adalah OxygenPlay. Sebelum ini, OnePlus ada memperlihatkan fungsi unik yang diselarikan antara peranti OnePlus dengan OnePlus TV. Fungsi ini adalah, apabila panggilan telefon diterima – aras suara pada OnePlus TV akan direndahkan secara automatik.

Apa-apa pun mari kita sama-sama nantikan pelancarannya tidak lama lagi. Harapnya televisyen akan dilancarkan di Malaysia, kerana ia nampak amat menarik untuk dimiliki.


TIPS & ULASAN