Kami adalah pengguna tegar Twitter kerana ia memudahkan proses mencari berita terkini dalam saiz yang padat dan pantas. Tetapi Twitter untuk web dan aplikasi peranti pintar tidak memudahkan proses memaparkan pelbagai susur masa secara serentak berbanding Tweetdeck. Hari ini Twitter akhirnya mengumumkan sokongan memaparkan senarai Lists pengguna pada susur masa tersendiri pada aplikasi iOS.
On our list? Make lists even better for you! ✅
Now on iOS, you can pin up to five lists, rearrange them, and swipe to access from home. pic.twitter.com/gNdfNE1DCl
— Twitter (@Twitter) September 23, 2019
Pengguna dibenarkan memaparkan sehingga lima Lists pada satu-satu masa. Mereka boleh berubah antara susur masa tersendiri ini dengan menatal dari kiri ke kanan. Untuk mengaksesnya anda hanya perlu ke tetapan Lists dan memilih senarai mana yang ingin dipamerkan. Apabila fungsi ini digunakan, anda tidak lagi boleh menatal ke kiri atau ke kanan untuk pergi ke susur masa Mention, Search dan Direct Message. Ia boleh digunakan sekarang oleh semua pengguna iOS.