Cari @ Amanz

Huawei Mate 30 Pro Menerima Skor DXO Sebanyak 121 – Tertinggi Setakat Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Mate 30 Pro DXOHuawei sebelum ini sedia menerajui dalam penerimaan skor-skor untuk peranti mudah-alih mereka dibawah ujian DXOMark. Terbaru, pihak DXO turut telah mengeluarkan skor untuk Huawei Mate 30 Pro, dimana ia menerima skor sebanyak 121 untuk kamera belakang – sedikit tinggi berbanding Galaxy Note 10+ 5G yang menerima skor 117 sebelum ini.

Untuk kamera swafoto, ia menerima skor sebanyak 93 – yang mana masih sedikit dibelakang Galaxy Note 10+ 5G dan juga Galaxy S10+ sebelum ini.

Melalui ujian DXO, mereka mengatakan Huawei Mate 30 Pro menawarkan kejituan gambar pada pelbagai keadaan ujian berbeza, kawalan kesan hingar yang baik, rakaman gambar zum yang baik. Untuk rakaman video pula, ia dilihat menawarkan kesan exposure baik, selain penstabilan yang efektif.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Huawei Mate 30 Pro akan dipasarkan di Malaysia secara rasminya.


Komen ()