Baru-baru ini Apple telah melancarkan telefon pintar model terbaru mereka, iaitu siri iPhone 11, yang terdiri daripada iPhone 11 Pro Max, iPhone 11 Pro, dan juga iPhone 11. Malah, telefon pintar ini sudahpun dipasarkan secara rasmi di Malaysia pada 27 September yang lalu, pada harga bermula RM3399 untuk iPhone 11 64GB hingga RM6899 untuk iPhone 11 Pro Max 512GB. Jadi, Celcom sebagai salah satu syarikat telekomunikasi yang menawarkan rangkaian internet yang meluas di Malaysia, melihat peluang ini untuk menggandingkan rangkaian pelan internet Celcom EasyPhone mereka dengan siri telefon pintar iPhone 11 yang baru ini.
Melalui pelan yang ditawarkan oleh Celcom Easyphone, anda kini bukan sahaja dapat merasai pengalaman menggunakan telefon pintar terbaru daripada Apple, malah, anda juga dapat menikmati pelbagai tawaran yang sangat berbaloi, seperti panggilan ke semua rangkaian tanpa had, kuota WhatsApp dan WeChat tanpa had, penawaran Super Video Walla 100GB secara percuma, dan rangkaian internet daripada Celcom yang sangat baik.
Celcom Easyphone membolehkan anda untuk memiliki telefon pintar terbaru melalui dua cara, iaitu dengan menyewa atau memiliki terus peranti daripada mereka. Untuk menyewa, komitmen bulanan anda untuk siri iPhone 11 ini ditawarkan pada harga bermula serendah RM52 sahaja hingga RM181 bergantung kepada model dan storan yang anda pilih. Manakala, untuk memiliki peranti ini secara terus, telefon pintar ini ditawarkan pada harga bulanan RM82 hingga RM242. Dengan melanggan pelan EasyPhone, anda kini boleh bertemu dengan insta-selebriti bersama CEO Celcom, iaitu Mohammad Idham Nawawi yang akan membuat penghantaran sendiri telefon pintar iPhone 11 yang telah dipratempah ke rumah anda.
Anda kini bukan sahaja boleh mendapatkan pengalaman penggunaan iPhone 11 yang baik disebabkan oleh terbinanya cip pemprosesan yang terkini bersamanya, malah anda juga dapat menikmati rangkaian internet terpantas di Malaysia. Kapasiti bateri telefon pintar ini juga dapat bertahan lama, sesuai dengan penawaran internet yang membolehkan anda untuk mendapatkan pengalaman digital yang baik seperti menonton video 4K dengan lancar tanpa sebarang masalah lengah masa internet.
Rangkaian LTE Celcom yang telah merangkumi hampir 96% di 10 daripada 14 negeri di Malaysia ini dikuasakan dengan teknologi 4-transmit-4receiver (4T4R). Dengan teknologi ini, ia sekaligus dapat memberikan peluang kepada pelanggan Celcom untuk menikmati rangkaian internet yang lebih baik dengan telefon pintar keluaran Apple yang baru ini.
Hasil daripada langganan pelan EasyPhone, anda kini boleh menikmati pengalaman penggunaan telefon pintar terkini dengan penawaran yang sangat berbaloi daripada Celcom. Anda tidak perlu membayar wang pendahuluan untuk memilikinya, malah anda juga dapat menikmati komitmen bulanan yang rendah dengan penawaran internet yang sangat baik daripada Celcom.
Berita baik sekiranya anda seorang pengguna Celcom dan juga XPAX, salah satu cara lain untuk membolehkan anda memiliki sebuah telefon pintar iPhone 11 yang baru ini secara percuma, adalah dengan menyertai pertandingan anjuran Celcom yang akan berakhir pada 20 Oktober ini. Untuk menyertai, anda hanya perlu membuat rakaman gambar yang mempunyai elemen-elemen berwarna biru di dalamnya, seterusnya meletakkan tanda pagar #PowerfulPhotoChallenge dan #PowerfulPhotoChallenge padanya serta kongsikan di sosial media anda yang telah disetkan kepada tontotan umum.
Jadi, bagi anda yang berminat untuk menjadi yang terawal menggunakan siri telefon pintar iPhone 11 ini, anda boleh menyertai pertandingan merakam gambar anjuran Celcom atau dengan membuat pra-tempah di cawangan Blue Cube terdekat dengan melanggan pelan Celcom Easyphone ini, sementara stok masih ada.
Penafian: Advertorial Daripada Celcom