Cari @ Amanz

OnePlus setiap tahun akan melancarkan dua model telefon pintar. Tetapi tahun ini, OnePlus 7 sahaja sudah ada tiga model iaitu OnePlus 7, OnePlus 7 Pro dan OnePlus 7 Pro 5G. Tetapi bagaimana pula dengan siri “T” OnePlus tahun ini? Sebentar tadi, OnePlus telah melancarkan OnePlus 7T, secara tidak langsung menjadikan, empat model telefon pintar OnePlus dilancarkan dalam masa setahun – ini adalah rekod baharu!

OnePlus 7T hadir dengan skrin 6.55-inci Fluid AMOLED, resolusi FHD+, kadar segar semula 90HZ dan menyokong format HDR10+. Rekaan skrin masih lagi bertakuk kecil dan masih mirip dengan OnePlus 6T/7. Cip pemprosesan pula adalah Snapdragon 855+ dan dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Pada bahagian kamera, OnePlus buat pertama kalinya menggunakan rekaan berbentuk bulat – yang mana kini menjadi trend oleh pengeluar dari China seperti Vivo NEX 3 5G dan Huawei Mate 30. OnePlus 7T juga merupakan peranti pertama yang dijual terus dengan sistem operasi Android 10. Kemudian, pembesar suara yang digunakan adalah jenis stereo dengan pengoptimasian Dolby Atmos.

Pada kamera ini, OnePlus memuatkan lensa 48MP lensa biasa + 12MP lensa telefoto + 16MP lensa ultra sudut lebar. Untuk kamera swafoto pula, OnePlus mengekalkan penggunaan lensa 16MP. Kapasiti bateri OnePlus 7T adalah 3800mAh dengan sokongan pengecasan Warp Charge 30T. Pengecas ini boleh mengecas OnePlus 7T sehingga 70% dalam masa 30 minit. OnePlus kali ini menawarkan warna baharu, iaitu Glacier Blue dan Frosted Silver. Harga jualan bermula dari $599, iaitu sekitar RM2508.

OnePlus 7T

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd