Apple iPhone 11, iPhone 11 Pro Dan iPhone 11 Pro Max Mula Dijual Di Malaysia

Apple iPhone 11, iPhone 11 Pro Dan iPhone 11 Pro Max Mula Dijual Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 27, 2019 oleh .

Apple Malaysia hari ini telah mula menjual telefon pintar terbaru mereka, iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan juga iPhone 11 Pro Max. Ketiga-tiga model ini boleh didapati melalui para pengedar rasmi Apple, laman rasmi Apple.com dan melalui syarikat telekomunikasi tempatan.

Apple iPhone 11 hadir dengan sokongan dwi-kamera, dilengkapi cip pemprosesan Apple A13 Bionic, menggunakan skrin 6.1-inci Liquid Retina, selain menyertakan sokongan kamera sudut ultra lebar bersama dengannya.

Apple iPhone 11 Pro pula hadir dengan skrin 5.8-inci, dan iPhone 11 Pro Max dengan skrin 6.5-inci. Kedua-duanya menggunakan skrin OLED, dijana cip Apple A13 Bionic, menyertakan tri-kamera belakang, serta menawarkan rekaan dan ciri-ciri premium.

Di Malaysia, iPhone 11 ditawarkan pada harga bermula RM3399, iPhone 11 Pro bermula RM4899 dan iPhone 11 Pro Max bermula RM5299.

Apple iPhone 11 Pro Max 64GB – RM5299
Apple iPhone 11 Pro Max 256GB – RM5999
Apple iPhone 11 Pro Max 512GB – RM6899

Apple iPhone 11 Pro 64GB – RM4899
Apple iPhone 11 Pro 256GB – RM5599
Apple iPhone 11 Pro 512GB – RM6499

Apple iPhone 11 64GB – RM3399
Apple iPhone 11 128GB – RM3599
Apple iPhone 11 256GB – RM4099


TIPS & ULASAN