Harga OnePlus TV Mencecah Lebih RM5900 Dan Tidak Menyokong Netflix

Harga OnePlus TV Mencecah Lebih RM5900 Dan Tidak Menyokong Netflix

Diterbitkan pada Sep 27, 2019 oleh .

Semalam, OnePlus telah melancarkan televisyen pintar mereka OnePlus TV. Ia menjalankan Android TV dengan aplikasi media tersendiri, OxgenPlay. Ia juga hadir dengan banyak ciri dan fungsi menarik, seperti pembesar suara yang menggelangsar ke bawah, panel QLED 4K, RAM melebihi 2GB dan banyak lagi.

Buat masa ini OnePlus TV hanya akan dijual di India sahaja terlebih dahulu. Harga OnePlus TV versi Pro adalah INR99,900, iaitu sekitar RM5,900. Manakala, versi yang lebih murah berharga INR69,900, iaitu sekitar RM4,100. Duka cita dimaklumkan yang OnePlus TV ini tidak menyokong Netflix. Walaupun fail .APK telah dimuat turun dan dipasang, televisyen dari OnePlus ini tidak dapat membuka Netflix. Ini bermakna, televisyen ini tidak diiktiraf oleh Netflix.

Menurut Rupesh Sinha dari saluran YouTube Beebom, OnePlus masih lagi dalam perbincangan dengan Netflix untuk menjadikan televisyen mereka diiktiraf dengan aplikasi penstriman video ini. Perkara ini dilihat sama dengan televisyen Xiaomi, Mi TV – yang hanya akan menerima kemaskini tidak lama lagi untuk menyokong Netflix. Dengan harga televisyen mencecah lebih RM5000, adakah ini satu televisyen pintar yang baik?


TIPS & ULASAN