Sharp Hadir Dengan Telefon Pintar Menggunakan Skrin 240Hz

Sharp Hadir Dengan Telefon Pintar Menggunakan Skrin 240Hz

Diterbitkan pada Sep 27, 2019 oleh .

Sharp merupakan salah satu jenama yang popular, dan sering hadir dengan beberapa penawaran telefon pintar dengan ciri-ciri menarik – walaupun terhad ke pasaran Jepun, atau sekadar konsep sahaja. Terbaru, Sharp telah pun memperlihatkan Sharp Aquos Zero 2.

Sharp Aquos Zero 2

Sharp Aquos Zero 2 hadir dengan penawaran spesifikasi terkini, termasuk menggunakan cip Snapdragon 855, memori 8GB RAM, storan 256GB, dan dilengkapi sistem operasi Android 10. Menjananya juga adalah bateri 3130mAh.

Namun, salah satu perkara yang mencuri perhatian adalah panel paparannya. Ia menggunakan skrin bersaiz 6.4-inci HD+ penuh OLED, yang menawarkan kadar segar semula 240Hz.

Dengan penawaran kadar segar semula 240Hz, ia sekaligus membawa penawaran panel setapak dihadapan berbanding pelbagai peranti lain dipasaran. Malah, beberapa peranti memfokuskan permua hanya menawarkan kadar segar semula mencapai 120Hz sahaja buat masa ini.

Apa pun, Sharp menjayakan penawaran 240Hz dengan menyertakan bingkai berwarna hitam disebalik setiap bingkai paparan. Ini dikatakan dalam usaha untuk mengurangkan ketidakselesaan untuk penggunaan lama, selain pada masa yang sama menjimatkan lagi penggunaan bateri.

Selain daripada itu, kandungan atau permainan dengan sokongan 240Hz masih terhad atau tidak ada untuk peranti mudah-alih buat masa ini.

Sharp akan memasarkan telefon pintar ini di Jepun dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN