Cari @ Amanz

MSI ialah sebuah jenama teknologi yang terkenal untuk siri komputer riba dan komponen-komponen komputer mereka. Hari ini, mereka telah membuka sebuah kedai konsep baru di Plaza Low Yat.

Terletak di aras tanah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur tersebut, kedai konsep terbaru MSI ini dibuka bermula hari ini, dan bukan sahaja akan menjual komputer riba gaming dan produktiviti, tetapi juga komputer desktop yang terbina, komponen-komponen komputer dan juga aksesori-aksesori gaming.

Ini termasuklah papan induk dan kad grafik MSI, rangka desktop dengan tema MSI, pilihan CPU dari AMD dan Intel, termasuklah juga aksesori-aksesori tambahan seperti tetikus, papan kekunci dan fon kepala gaming.

Diantara model-model komputer riba terbaru yang dapat dilihat di kedai tersebut termasuklah MSI GE63, MSI GT76 Titan, MSI GL65 dan sebagainya.

Dari segi komponen pula, papan-papan induk MSI X570 dan MSI Z390 untuk CPU AMD dan Intel terbaru boleh dilihat, manakala siri kad grafik AMD Radeon 5700 dan NVIDIA GeForce Super berjenama MSI yang terbaru.

Dalam pada itu, anda juga boleh bercakap dengan jurujual di kedai konsep MSI ini jika anda ingin membina komputer desktop bertemakan MSI anda sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd