Google kini telah menjadi salah satu sebutan yang biasa dikalangan ramai pengguna internet. Ia popular sebagai sebuah enjin carian yang memudahkan anda mencari pelbagai perkara dengan mudah.
Selain daripada enjin carian, kini ia turut menawarkan sejumlah perkhidmatan lain – termasuk emel GMail, penstriman video YouTube, pelayar web Chrome, pemetaan Google Maps, sistem operasi Android, dan banyak lagi.
Semua ini telah bermula sekitar 21 tahun yang lepas, apabila dua pelajar Ph.D Stanford hadir dengan prototaip enjin carian. Kini, telah 21 tahun sejak Google bermula, dan ia terus hadir dengan pelbagai inovasi baru – terutamanya dalam arena kecerdasan buatan.
Pada hari ini, Google beroperasi dalam lebih 100 bahasa berbeza, dan digunakan untuk membuat trilion carian setiap tahun.