Sistem pembayaran nirtunai adalah cara pembayaran moden yang amat memudahkan orang ramai. Ia adalah lebih selamat, pantas dan efisien. Samsung ada Samsung Pay, Apple ada Apple Pay, Xiaomi ada Mi Pay, dan banyak lagi syarikat lain mempunyai sistem pembayaran tersendiri.
Semalam semasa acara pelancaran OnePlus 7T di India, Szymon Kopec̄ – selaku ketua bahagian perisian telah mengumumkan OnePlus Pay. Ia adalah sistem pembayaran nirtunai tersendiri dari OnePlus. Menurut beliau sistem ini hanya akan hadir sekitar tahun 2020. Dukacitanya, langsung tiada butiran mengenai OnePlus Pay ini. Disebabkan negara India amat popular dengan sistem pembayaran ini dan perkara ini hanya diumumkan di India – berkemungkinan besar OnePlus Pay akan hanya terhad di India sahaja.
Besar kemungkinan ia adalah sistem pembayaran berasaskan NFC seakan Samsung Pay. Akan menjadi lebih menarik, jika OnePlus Pay ini adalah sistem e-dompet. Apa-apa pun kita tunggu sahaja tahun hadapan.