Carian
Huawei Mate 30 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan
September 27, 2019 Aman

Huawei Malaysia hari ini mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu siri Huawei Mate 30 secara rasminya pada minggu hadapan, 3 Oktober 2019.

Huawei dijangka berkongsi lanjut mengenai penawaran Huawei Mobile Services pada acara berkenaan, selain pada masa yang sama bakal mengumumkan harga jualan untuk peranti Mate 30 secara rasminya pada tarikh berkenaan.

Huawei Mate 30 hadir dalam dua variasi, iaitu Mate 30 dan juga Mate 30 Pro. Mate 30 menggunakan skrin 6.61-inci OLED, dijana cip Kirin 990, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia menggunakan bateri 4200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W.

Untuk rakaman gambar, Mate 30 menggunakan tri-kamera 40MP + 16MP + 8MP dibelakang, dan kamera hadapan 24-megapixel.

Huawei Mate 30 Pro pula hadir dengan skrin 6.53-inci OLED, dijana cip Kirin 990, memori 8GB RAM, storan 256GB, dan bateri bersaiz 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W.

Ia menggunakan kamera utama gabungan 40MP + 40MP + 8MP + 3D, dan kamera swafoto 32-megapixel.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat penawaran Mate 30 dan Mate 30 Pro untuk pasaran tempatan, dan apakah kejutan yang disediakan pihak Huawei dalam memasarkan peranti terbaru mereka ini.

Komen