Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah melancarkan satu lagi telefon pintar baru dibawah keluarga Galaxy A, iaitu Samsung Galaxy A70s.

Samsung Galaxy A70s

Menjadi fokus utama pada Galaxy A70s ini adalah sokongan kamera belakangnya. Samsung menggunakan tri-kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama 64-megapixel. Ia turut mengabungkan penggunaan kamera 8-megapixel untuk rakaman ultra-lebar, selain kamera 5-megapixel untuk rakaman bokeh. Samsung mengatakan Galaxy A70s turut menyokong sokongan rakaman video pada resolusi 4K.

Dari segi spesifikasi, Galaxy A70s hadir dengan skrin 6.7-inci bertakuk kecil, menggunakan skrin Super AMOLED, dijana cip Snapdragon 675, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut menggunakan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 25W.

Ciri lain yang disertakan adalah termasuk sokongan Samsung Pay, dilindungi sekuriti KNOX, dan sokongan Game Booster.

Buat masa ini, ia hanya dilancarkan di India sahaja, dan ditawarkan pada harga INR 28,999, iaitu sekitar RM1720.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd