Cari @ Amanz

Sony, Jabra dan Bose adalah tiga syarikat yang menjual fon telinga nirwayar dengan pembatalan hingar aktif (ANC) di pasaran. Pasaran untuk fon kepala dengan ANC meningkat kerana ia membolehkan muzik kegemaran didengar tanpa pencemaran audio dari luar. Trend ini juga menyelinap ke industri automotif dan Mercedes-Benz tidak ketinggalan melancarkan fon kepala ANC mereka tersendiri.

Fon kepala Mecedes-Benz ini mempunyai kemasan yang sama seperti yang digunakan pada bahagian dalaman kereta mewah keluaran mereka lengkap dengan kemasan krom pada butang kawalan. Kawalan sesentuh disertakan pada pendakap telinga. Tambatan bluetooth 5.0 boleh dilakukan dengan codec Qualcomm aptX.

Terdapat bicu audio untuk sambungan berwayar dan juga mikrofon. Ia boleh berfungsi selama 18 jam sebelum boleh dicas semula menggunakan port USB-C. Bagi yang berminat sepasang fon telinga Mercedes Benz ini ditawarkan pada harga 259 Euro (~RM 1188).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd