AWS Public Sector Summit 2019 – Singapura Menyasarkan Untuk Menjadi Negara Pintar Pada 2020

AWS Public Sector Summit 2019 – Singapura Menyasarkan Untuk Menjadi Negara Pintar Pada 2020

Diterbitkan pada Okt 1, 2019 oleh .

Pada acara AWS Public Sector Summit yang berlangsung di Singapura yang lalu, pihak AWS sendiri telah berkongsi bagaimana perkhidmatan mereka memberi impak kepada sektor-sektor awam di rantau Asia Pasifik. Pada acara yang sama, beberapa pengguna AWS juga turut membuat perkongsian mereka berkenaan bagaimana syarikat mereka bertambah maju dan produktiviti semakin meningkat hasil daripada langganan perkhidmatan AWS.

Antara pengguna AWS yang turut terlibat dalam acara ini adalah Tan Kok Yam, Timbalan Setiausaha, Smart Nation dan Digital Government Office, PMO Singapura. Beliau daripada sektor kerajaan, bertanggungjawab dalam membentuk negara Singapura menuju kearah negara pintar menerusi National Digital Identity, NDI menjelang tahun 2020 kelak.

Beliau berkongsi tentang cabaran yang telah dihadapi, bagaimana mereka mengatasi cabaran ini, dan perjalanannya tentang bagaimana perisian-perisian moden daripada AWS membantu Singapura untuk membentuk sebuah negara pintar (smart nation).

Beliau turut berkongsi tentang bagaimana evolusi pendigitalan berlaku di Singapura, bermula daripada tahun 1965 hingga sekarang, yang menyasarkan untuk menjadikan Singapura sebagai negara pintar. Beliau juga turut berkongsi tentang bagaimana evolusi pendigitalan data dan maklumat yang berlaku di Singapura.

Ia bermula dengan pemilikan kad pengenalan fizikal, kemudian beralih kepada SingPass yang merupakan sistem pengesahan bagi warga Singapura untuk membuat pelbagai transaksi digital kerajaan. SingPass ini bermula daripada Mac 2003, dan menerima beberapa kemaskini fungsi baru, hingga Oktober 2018, seperti MyInfo dan juga CorpPass.

SingPass, yang merupakan singkatan kepada Singapore Personal Access, adalah satu sistem pengesahan bagi warga untuk berinteraksi dalam talian dengan Kerajaan. Dengan akaun SingPass, pengguna boleh mengakses beratus-ratus perkhidmatan digital kerajaan dengan mudah dan selamat. Dengan ini, sasaran Singapura untuk menjadi sebuah negara pintar dapat dicapai dengan mudah hasil bantuan daripada AWS.

Bagi pendapat Tan sendiri, negara pintar adalah apabila rakyat mereka dapat menyelesaikan masalah dengan bantuan pelbagai perisian model, seperti AWS. Beliau menyatakan, dengan menggunakan perkhidmatan daripada AWS, sasaran mereka untuk menjadikan Singapura sebagai sebuah negara pintar adalah lebih mudah. Antara fungsi AWS yang kerajaan mereka gunakan adalah AWS Cloud, EC2, KMS, dan banyak lagi.

Hasil bantuan daripada AWS, proses pengumpulan, penyimpanan, dan pemindahan data menjadi lebih cepat dimana ia dapat mengurangkan tempoh masa kepada 7 hari bekerja sahaja, yang mana pada asalnya, proses ini mengambil masa selama 6 hingga 13 bulan.

Tan juga turut menyasarkan untuk meningkatkan proses penghantaran data dan meningkatkan keselamatan siber dalam masa yang sama. Jadi, perkomputeran awan adalah salah satu jalan penyelesaian moden yang mampu membantu sasaran beliau tercapai. Ia bukan sahaja berupaya dalam membentuk satu cara kerja yang baru, bahkan dapat meningkatkan produktiviti semua pihak.

Maklumat Lanjut : Singapura National Digital Identity (NDI)


TIPS & ULASAN