WhatsApp Berhenti Beroperasi Pada Peranti Android Gingerbread Dan iOS 8 Pada Februari 2020

Diterbitkan pada Sep 30, 2019. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kemas kini sistem operasi adalah penting bukan sahaja bagi memastikan tiada kerentanan dan menikmati fungsi baharu, tetapi juga akan membolehkan aplikasi terus digunakan. Bagi mereka yang masih menggunakan peranti dengan sistem operasi Android 2.3.7 Gingerbread dan iOS 8, anda akan hanya dapat menggunakan WhatsApp sehingga  1 Februari 2020.

Ini adalah menurut maklumat FAQ terkini WhatsApp yang baru dikemaskini. Pada waktu ini peranti iOS 8 dan Android 2.3.7 tidak boleh digunakan untuk mendaftar akaun baharu dan mengesahkan nombor yang digunakan. iOS 8 dilancarkan lima tahun yang lalu manakala Android 2.3.7s udah berusia lapan tahun.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami