Carian
Realme X2 Pro Dijangka Hadir Dengan Snapdragon 855+ Dan Skrin 90Hz
September 30, 2019 Aman

Realme sedia menawarkan sejumlah peranti pada harga mampu-milik, tetapi berspesifikasi pertengahan. Selain daripada penawaran sedia ada, Realme juga kini dilihat dalam persiapan untuk memperkenalkan peranti mercu mereka yang hadir dengan spesifikasi lebih tinggi.

Dinamakan sebagai Realme X2 Pro, ia bakal membawakan cip pemprosesan Snapdragon 855+ yang terbaru. Selain daripada itu, telefon pintar ini juga dijangka menawarkan skrin pada kadar segar semula sehingga 90Hz.

Spesifikasi penuh untuk telefon pintar akan datang ini masih tidak diketahui lagi, tetapi telah mula diacah pihak Realme di China.

Berkemungkinan kita akan dapat melihat peranti ini ditawarkan pada harga kompetitif, sekaligus bersaing dengan pihak Redmi yang sedia menawarkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan pada harga kompetitif – tetapi turut mempunyai penawaran mercu dibawah nama Redmi K20 Pro.

Komen