Kuo – iPad Pro Dan MacBook Pro Dengan Skrin Mini LED Akan Dilancar Seawal 2020

Kuo – iPad Pro Dan MacBook Pro Dengan Skrin Mini LED Akan Dilancar Seawal 2020

Diterbitkan pada Okt 1, 2019 oleh .

Teknologi skrin OLED yang mula digunakan secara meluas menjimatkan penggunaan bateri dan memaparkan lebih banyak warna berbanding LCD. Tetapi ia terdedah kepada masalah burn-in di mana imej “terbakar” pada skrin sekiranya ia dipaparkan untuk waktu yang lama. Antara penyelesaian yang dilakukan ialah pembangunan teknologi mini LED.

MacBook ProMenurut Ming-Chi Kuo, Apple akan mula menggunakan skrin mini LED pada iPad dan MacBook Pro seawal penghujung tahun 2020 atau awal 2021. Selain tidak mempunyai masalah burn-in, teknologi ini juga mempunyai saiz pixel lebih kecil yang membuatkan skrin kelihatan lebih tajam. Sebagai perbandingan saiz LED pada panel OLED adalah sekitar 1mm tetapi padi skrin mini LED ia sekitar 0.2mm.

Penggunaan skrin ini juga akan mengurangkan pergantungan Apple kepada Samsung yang mendominasi pasaran OLED. Sebaliknya Apple dijangka menggunakan kepakaran LG untuk membekalkan skrin mini LED.


TIPS & ULASAN