Cari @ Amanz

Tidak dinafikan yang permua Pokémon Go adalah antara permua yang popular. Walaupun sudah bertahun lamanya, sehingga hari ini masih ada yang bermain permua realiti terimbuh berasaskan lokasi masa nyata ini. Permua ini dibangunkan oleh Niantic, iaitu syarikat yang pakar dalam permua realiti terimbuh ini.

Terkini, Niantic dilaporkan telah menyekat lebih 450 pengguna Xiaomi daripada bermain Pokémon Go. Lebih menyedihkan, tiada langsung sebab diberi dan pengguna terus disekat dari 7 hari ke 30 hari dari bermain. Antara majoriti pengguna yang disekat adalah yang menggunakan peranti Redmi 5 dan Redmi Note 5 Pro. Terdapat juga sejumlah pengguna yang menggunakan Redmi Note 4, Redmi Note 7 Pro, Mi 8 dan Mi 9 disekat.

Walaupun sudah dilaporkan di Twitter dan pelbagai lagi saluran, pihak Niantic dilihat masih belum memberi maklum balas lagi. Antara sebab disekat yang terpapar adalah, pemain didakwa menipu ketika bermain seperti menggunakan aplikasi yang diubahsuai, peranti yang diroot. Tetapi masalahnya, majoriti yang terkena adalah yang bermain secara jujur.

Ada juga yang melaporkan, perkara ini berlaku sejak kemaskini MIUI 10 yang baharu MIUI 10.3.2 dan ada juga yang mendakwa sekatan ini disebabkan oleh penggunaan Game Booster. Namun sebab sebenar masih menjadi misteri. Sama-sama kita nantikan maklum balas dari Niantic.

Adakah anta salah seorang mangsa? Nyatakan di ruangan komen.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd