Carian
Taobao Kini Menerima Pembayaran Melalui Dompet Digital Touch ’n Go
October 1, 2019 Aman

Taobao merupakan salah satu laman edagang yang popular dari China. Ia menawarkan pelbagai barangan pada harga yang sangat kompetitif. Bagi pengguna tempatan yang ingin membeli dari Taobao, kini dalam proses memudahkannya, pihak Touch ’n Go mengumumkan sokongan pembayaran untuk platform berkenaan.

Bermula hari ini, pengguna tempatan yang melakukan pembelian di Taobao, boleh menggunakan baki pada dompet digital Touch ’n Go untuk membuat pembayaran.

Buat masa ini, sokongan ini hanya didapati pada Taobao versi desktop sahaja. Pengguna boleh melakukan pembelian, dan seterusnya memilih pembayaran menggunakan RevPay, dan memilih Touch ’n Go daripada pilihan yang ditawarkan.

Komen